Saturday 3 September 2011

oNce uPon a tiMe in JAPAN :D


Program Pertukaran Pelajar Ipoh - Fukuoka kali ke 14*

date :
'08.disember.09 - 15.disember.09'

list of members :
yasri , akmal , ikram , kar weng , qistina , adibah , yee harng , meena 

journey :
depart from  Kuala Lumpur Internaitonal Airport (KLIA)
transit at Changi Airport Singapore
arrived at Itazuke Fukuoka Airport


Pengalaman semasa berada di bumi Jepun :)


Salam buat semua pembaca blog bilapianoberbunyi.com.Pada 8/12/09 - 15/12/09 aku berpeluang ke negara matahari terbit (Jepun) kerana terpilih untuk menyertai Program Pertukaran Pelajar Ipoh - Fukuoka. Walaupun tempoh yang agak singkat,  namun jadual aku kat sana cukup padat.Alhamdulillah, aku dapat menyesuaikan diri dan merasa kehidupan di Jepun walaupun dalam tempoh sesingkat itu.Seronok juga dapat melawat negara orang, walaupun untuk tujuan belajar.Sepanjang aku berada di sana,banyak benda yang aku perhatikan.Kalau selama ni aku hanya dapat mendengar cerita rakan-rakan yang pernah pergi Jepun dan yang belajar di sana dan juga melalui filem-filem dari Jepun, kali ni aku dapat tengok sendiri cara hidup rakyat Jepun.


Ciri-ciri yang patut dicontohi

1.MENEPATI MASA


Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi.Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan.Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.Jika anda terlambat walaupun seminit, ucapkan sayonara (bye) jela.. Kereta api tu pun dah merentasi jauh. Kereta api peluru mereka tersangat laju (40 kali kuasa motor mesin basuh). Bayangkan lah !!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa.




2.MENJAGA KEBERSIHAN


Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki (stesen keretapi), kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Air paip nya boleh diminum terus tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.




3.JUJUR

Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana2, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Subarashi !! (Wow!) jujur nya mereka ni.. Alangkah baiknya umat Islam Malaysia bersikap begitu..

4.RAJIN MEMBACA


Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam,sambil menunggu densya,dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca.Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang.Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu,maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.



5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB


Tak kira pensyarah,pekerja pejabat,pelayan restoran,driver bas dan sebagainya,mereka amat komited dengan kerja masing-masing.Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja.Bagi mereka kerja adalah segala-galanya.Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat jepun yang gah di mata dunia.Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.



6.SISTEMATIK


Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur.Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan (bunbetsu).Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.
Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Tidak seperti Rapid KL (sebagai contohnya), sistem mereka tidak menepati masa. Kadangkala kita perlu menunggu lama (sepatutnya menunggu dalam 15 minit tapi jadi 30 minit pulak).. Banyak lagi sistem Jepun yang sistematik lagi untuk diceritakan.


7.MENGHORMATI ORANG LAIN

Orang jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan.Sopan terhadap orang tua,orang yang lebih tua atau senpai (senior).Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap "irasshaimase" atau selamat datang.Walaupun ketika itu ada antara pekerja yang sedang mengemop lantai.Pun akan mengucap selamat sambil tunduk.Dan bila keluar pula akan ucap "arigato gozaimasu" atau terima kasih.Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama datang ke jepun.Juga pemandangan yang bagi saya tak akan diperoleh dimana-mana selain jepun.



Akhlak yang ditunjuk oleh orang jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia,mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu....













No comments:

Post a Comment